7 TIPS UNTUK PHOTOGRAPHER DI INSTAGRAM!

7 TIPS UNTUK PHOTOGRAPHER DI INSTAGRAM!

Ada tujuh tips untuk membantu jurugambar mendapatkan lebih banyak pendedahan di Instagram. Jom kita lihat!

 

 

 

 

 

 

1. Gunakan ciri-ciri sosial di media sosial

 

Ramai orang lupa bahawa media sosial adalah platform sosial. Anda perlu berinteraksi dengan orang lain di kawasan anda untuk mencapai matlamat yang anda inginkan. Walaupun segelintir daripada kita tidak dapat manfaatkannya, Instagram membenarkan orang memberi komen, post stories dan menggunakan aplikasi. Menulis komen pada gambar orang lain di kawasan anda merupakan jalan terbaik untuk mendorong interaksi. Cara terbaik untuk menambahkan pengikut adalah dengan menyasarkan hashtag yang digunakan di kawasan anda.  Ini akan membantu anda untuk memberi tumpuan pada sasaran anda.

 

 

 

2. Berhubung dengan Instagram Influencers

 

Dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak pengaruh dan pendedahan, anda boleh mendekati mereka yang berpengaruh di Instagram. Cuba untuk mencipta hubungan yang baik dengan mereka melalui emel, mesej atau dengan mengikuti secara aktif laman Instagram mereka. Akaun yang bekerjasama antara satu sama lain akan berkembang dengan lebih cepat.

 

 

3. Kualiti melebihi kuantiti

 

Sebagai jurugambar, anda tidak perlu menggunakan Instagram 24/7, cukup untuk membuat pengikut anda berminat dan menunjukkan hasil kerja anda yang bernilai. Ini adalah peluang perubahan kepada mereka yang percaya bahawa mereka perlu selalu menggunakan Instagram untuk melakukan pemasaran atau jangkauan.

 

 

4. Instagram Stories

 

Instagram stories hebat atas beberapa sebab. Anda boleh 'Tag' dan 'Share' jenama, perniagaan atau model lain supaya mereka boleh kongsi stories tersebut di instagram stories mereka.

 

 

5. Gunakan nisbah 5:4 untuk potong gambar

 

Ini merupakan tips untuk mereka yang menggunakan Adobe Photoshop. Semasa penggambaran, anda boleh mengambil gambar pada sudut lebar dan potong gambar pada nisbah 5:4 di Photoshop atau VSCO dan aplikasi lain. Pengguna Instagram juga boleh mereka bentuk dan sususan feed dengan kreatif. Lakukan potongan gambar yang berbeza dan lihat hasilnya.

 

 

 

6. Gunakan Profil perniagaan di akaun instagram 

 

Untuk melihat analisis instagram anda, beralih ke profil perniagaan merupakan cara yang betul. Ciri ini membolehkan pelanggan untuk terus berhubung dengan menghantar e-mel atau telefon. Penting juga untuk memastikan bio profile perniagaan anda menarik dan mempunyai gambar profile yang menunjukkan perniagaan fotografi anda.

 

 

 

7. Gunakan bentuk pemasaran yang berbeza

 

Instagram merupakan satu daripada beribu cara untuk mendapat connection dengan jurugambar, model, perniagaan, dan pelanggan. Jika anda tidak popular di Instagram, anda masih boleh menjadi jurugambar yang berjaya di laman web anda, kawan-kawan, keluarga dan beberapa tempat yang akan membantu anda untuk menggembangkan kerjaya fotografi anda.

 

Selamat mencuba!

What are you looking for?

Your cart