EVENT TENGAH DOWN. APA PHOTOGRAPHER PERLU BUAT?

Dalam situasi sekarang, banyak event yang tak dapat dilakukan dan tergendala. Ramai usahawan yang menghasilkan produk jenama mereka sendiri untuk menjana pendapatan yang lebih. Waktu-waktu begini lah usahawan-usahawan tidak kira yang baru bermula atau sudah lama, memerlukan perkhidmatan anda sebagai jurugambar!

Bila negara kita diarahkan untuk kuarintin dalam jangka masa lebih 30 hari, sudah tentu ramai yang terkesan dengan situasi ini. Jadi, dari mana datangnya demand produk fotografi ini?

Baiklah, anda sedar tak online selling dapat demand paling tinggi sepanjang quarintin ini? Dari mana anda boleh selit untuk menjana pendapatan anda pula? Ya. Dengan menghasilkan (atau bahasa mudahnya menjual) gambar untuk client yang membuat online selling ni lah.

Apakah produk fotografi ini?

Sumber:google

Produk fotografi ialah gambar produk yang diambil untuk dijual atau untuk disewa. Selain diperlukan dalam penjualan online, produk fotografi juga diperlukan untuk brosur, iklan, papan iklan, laman web, katalog dan lain-lain. 

 Apakah kategori produk yang boleh dijadikan produk fotografi ini?

 Boleh jadi banyak jenis. Sebagai contoh paling mudah…

  • Kategori jenis pakaian

Sumber: google 

  • Kategori kosmetik
Sumber: google

 

ataupun kategori paling dapat permintaan tinggi sekali semasa kuarintin ini adalah makanan.

Sumber: google

Anda boleh menjana pendapatan seperti biasa dengan menghasilkan gambar yang menarik dalam membantu usahawan-usahawan ini membuat marketing.

Bila dah hebat mesti ada pesaing. Biasalah tu. Jadi macam mana nak kekal relevan? Lagi-lagi dalam situasi sekarang ni. 

  • Perlu hasilkan efek foto yang lebih menarik.

Sumber: google

Bukan untuk kepuasan client sahaja tau tetapi untuk pembeli juga. Tidak kiralah betapa canggihnya website atau apps yang digunakan, benda pertama yang orang akan tengok dahulu semestinya elemen visual, bukan penulisan. Nampak kan impak gambar ni boleh pergi jauh?

 Produk fotografi yang berkualiti tinggi dapat…

  • Tingkatkan usaha pemasaran
  • Meningkatkan sales
  • Support brand company tersebut
  • Hasilkan visual produk yang menarik

Syarikat yang menghasilkan produk kebiasaannya lah yang memerlukan produk fotografi ini. Contoh seperti manufacturer, retailer, 3rd party agen, atau beberapa kombinasi di atas. Sesetengah syarikat akan mengekalkan perkhidmatan in-house photographer untuk mengambil gambar produk mereka, sementara yang lain akan mencari outsource daripada independent photographer atau studio.

 

What are you looking for?

Your cart