5 CARA MUDAH NAIKKAN ENGAGEMENT IG UNTUK BISNES PHOTOGRAPHY!

5 CARA MUDAH NAIKKAN ENGAGEMENT IG UNTUK BISNES PHOTOGRAPHY!
  • CIPTA RUANGAN BIO YANG SIMPLE DAN KEMAS.

Instagram dikenali sebagai salah satu platform yang ringkas dan trendy. Oleh itu, penggunaan username yang ringkas dan mudah dibaca membantu memudahkan pencarian oleh client. Selain itu, penggunaan profile picture yang meyakinkan juga amat penting kerana sedikit sebanyak ia memberikan impression yang baik terhadap sesebuah brand!  Jangan lupa untuk nyatakan specialty, lokasi, dan kemahiran kerja photography anda di bio secara ringkas untuk menarik perhatian dan meyakinkan client! Akhir sekali, setting kan Instagram anda daripada personal kepada business jika belum bagi memudahkan client untuk berhubung dengan anda.

 

  • SHARE KERJA DISEBALIK TABIR DI INSTGRAM STORIES!

 

Gunakan lah Instagram stories untuk berkongsi kerja disebalik tabir selain daripada hasil kerja photography anda. Seperti berkongsi rutin kerja harian, menunjuk equipment baharu atau memberi “hint” untuk projek dan content anda yang akan datang kepada followers. Hal ini akan menarik perhatian client untuk mengikuti perkembangan brand anda.

 

 

 

  • CARI INSPIRASI MELALUI HASHTAG DAN JADIKAN CONTENT ANDA LEBIH MENONJOL.

 

 

 

Hashtag #photography, #photographer atau #landscape terlalu biasa digunakan bukan? Malah peluang untuk anda menonjol juga adalah tipis. Jadi, ciptalah pencarian hashtag yang baharu dan menarik! Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat mengumpul perkataan baharu yang trendy, malah anda juga boleh menemui inspirasi baharu berkaitan photography yang lebih menarik dengan menerokai hashtag yang popular. Satu tips menarik untuk photographer di luar sana, rebutlah peluang dengan menggunakan hashtag dari akaun yang popular untuk mendapatkan lebih exposure!

 

 

  • POSTING MENGIKUT MASA DAN SIZE YANG BETUL.

 

 

Cipta jadual posting content anda. Tentukan hari dan masa yang tetap untuk anda membuat posting tersebut dan jadikan ia konsisten. Sebagai contoh, posting akan dibuat sebanyak 2 atau 3 kali seminggu. Peringatan, posting yang berlebihan mungkin akan merimaskan segelintir followers.  

 

Berkenaan size yang betul, Instagram mempunyai penetapan sizenya yang tersendiri. Amat penting untuk mempunyai kesedaran berkaitan size yang boleh dimuat naik di Instagram. Antara contoh size yang ditetapkan di Instgram adalah 1080px lebar dan 1080px tinggi bagi gambar segi empat sama. 1080px lebar dan 1350px tinggi bagi gambar menegak, dan 1080px lebar 608px tinggi bagi gambar melintang.

 

 

  • INTERAKSI BERSAMA FOLLOWERS!

 

Akhir sekali, sebagai Instagram user, sudah tentu kita pasti senang jika komen kita dibalas semula. Begitu juga dengan followers anda. Untuk mengeratkan dan mengembangkan komuniti, anda haruslah membalas komen yang diberikan oleh followers anda sebagai tanda menghargai masa dan minat mereka melihat perkembangan hasil kerja anda. Mereka akan lebih menghargai komunikasi bersama photographer yang berbakat seperti anda!

 

 

 

   

 

 

 

 

What are you looking for?

Your cart