5 CARA MANTAPKAN FB LIVE UNTUK GAIN TRUST CUSTOMER KEPADA ONLINE SELLER
Tak ada confident nak buat FB live? Malu? Taktahu nak cakap apa atau tak biasa cakap depan ramai orang?
Nak buat FB Live tapi tak tahu macam mana nak manfaatkan sepenuhnya Facebook Live anda? Ini berita baik untuk anda! Kami akan bongkarkan tips, idea, dan contoh yang harus dilakukan sebelum buat FB Live.
Tidak ada cara paling jimat yang lebih baik untuk tunjukkan brand anda in real-time macam FB Live ni. Seperti yang anda pun tahu, tujuan Facebook Live ni untuk membolehkan kita berinteraksi dengan orang ramai. Interaksi antara anda dengan customer dalam FB Live dapat memberi peluang yang besar untuk anda built relationship anda dengan customer.
Mari lihat 5 tips ni:
- Perlu gunakan tools
Ini benda basic yang anda kena tahu. Nak buat live kena ada tools untuk memudahkan anda buat live. Paling basic sekali yang anda boleh sediakan sebelum buat live seperti tripod, background dan phone.
“Kenapa kena guna tripod? Kalau tak ada tripod macam mana?”

Sumber: google
Tripod ini kegunaannya untuk beri kestabilan yang lebih baik semasa anda sedang buat live. Tak best lah kalau orang tengok live kita gerak sana sini. Terus hilang interest nak tengok.

Sumber: shopee
Senang je nak cari tripod ni. Untuk beginners kalau takut nak invest banyak-banyak untuk beli tripod ni, cari je dekat shopee. Banyak pilihan yang anda boleh tengok mengikut kesesuaian bajet anda.

Pemilihan background pun tools basic yang anda kena ada jugak. Tak kisah lah anda nak guna seamless paper ke canvas background atau yang lain-lain, yang penting ada background. Nampak lah professional sikit bila live area anda dah setup cantik. Kalau tak ada canvas background pun tak apa. Anda boleh guna kain rentang untuk jadikan background. Asalkan background nampak kemas. Sedap sikit mata memandang.
- Perlu tahu masa dan buat schedule
Masa dan schedule ni pun penting untuk anda ambil kira. Kenapa?
Sumber: Facebook
Kalau anda buat live waktu orang tengah busy bekerja atau orang dah tidur, siapa yang akan tengok live anda nanti?
Itulah pentingnya untuk tahu masa yang sesuai untuk buat live. Contoh seperti yang ditunjukkan di dalam graf di atas, waktu paling hot antara pukul 3 hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 9 malam. Kaji waktu yang sesuai untuk buat live dan berapa jumlah followers yang aktif pada waktu yang anda tentukan itu.
- Perlu tahu topik
Sebelum buat FB live, belajar untuk biasakan cari topik yang ingin dikongsikan nanti. Kena tahu nak present apa dekat audience. Sediakan list atau tulis highlight anda dalam bentuk keypoint. Be prepared.
Sumber: google
Jangan cakap merapu-rapu dan syok sendiri. Cakap kena jelas, on point dan precise. Perkara-perkara macam ni bantu mudahkan anda sampaikan mesej anda. Anda akan lebih yakin untuk bercakap dan audience pun akan lebih fokus untuk dengar anda cakap.
- Setup ruang live
Sebelum buat FB live ni, belajar lah untuk setup ruang yang akan anda gunakan semasa live. Contohnya:
- Ruang tersebut mempunyai connection internet yang bagus
- Tak bising
- Pencahayaan yang cukup
Setup ruang sebelum anda mula buat live dapat mengelakkan dari sebarang gangguan. Jadi, tak ada lah yang akan menggangu semasa anda sedang buat live.
Sumber: google
- Pastikan produk dan brand ada dalam live

Sumber: google
Tunjuk produk atau signage brand anda dalam live. Sambil orang dengar apa yang anda kongsikan, orang akan tengok produk dan brand anda.
Anda juga boleh reka t-shirt dengan brand sendiri. Setiap kali anda buat live, pakai t-shirt brand sendiri. Lebih tinggi kekerapan anda pakai t-shirt brand sendiri, lebih tinggi peluang untuk orang kenal brand anda.
Pakai t-shirt yang mempunyai brand sendiri ni umpama iklan bergerak. Anda tak perlu kos yang tinggi untuk buat iklan. Setiap kali audience nampak brand anda pada t-shirt yang anda pakai, semakin familiar audience dengan brand anda.
Anda boleh dapatkan custom t-shirt di https://www.pineworks.shop/collections/apparels anda tanpa sebarang minimum order!
Akhir sekali…
Create mind set yang Facebook Live ni sebagai salah satu daripada idea promosi di Facebook untuk business kecil anda. Dengan kemudahan media sosial seperti ini akan menjadikan engagement anda dengan audience lebih mudah. Jadi, jangan takut untuk buat live. Cuba je. Have fun!